salam
Oo... Allah,
Masih adakah ghafarMu?
Aku dambakan setitis cuma
Setitis ghafar itu
Sudah cukup ubati luka
Setitis itu cukup
Umpama salji
Memadam panas
Api dosa
Setitis itu embun
Menjalar meratai
Luka parah
Ditusuk dosa
Bila parah
aku kecewa
Pabila sembuh
Aku lukai lagi
Dengan bilah-bilah noda dosa
Oh.. al-Ghafur,
Aku tiada daya
jatuh dan bangun
jatuh dan bangun
Ada tikanya pula
Aku biarkan jatuh
Dan tidak mahu bangun...
Laa ilaaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minazzalimin.
จาก
www.albazrah.blogspot.comป,ล. พี่น้องที่สันทัดภาษารูมี ช่วยกันแปลหน่อยนะ
