ผู้เขียน หัวข้อ: Asal usul tentang melayu di Nusantara  (อ่าน 4149 ครั้ง)

0 สมาชิก และ 1 บุคคลทั่วไป กำลังดูหัวข้อนี้

ออฟไลน์ AKHIR ZAMAN

  • เพื่อนใหม่ (O_0)
  • *
  • กระทู้: 15
  • Respect: 0
    • ดูรายละเอียด
Asal usul tentang melayu di Nusantara
« เมื่อ: ธ.ค. 05, 2010, 06:33 PM »
0

Dalam perlembagaan MALAYSIA, di sebut istilah melayu itu adalah; “Orang Melayu yang tinggal di tanah MELAYU, bertutur dalam bahasa MELAYU, Mengamalkan istiadat MELAYU dan beragama islam”. Jadi, apakah definisi MELAYU ini sebenarnya. DI dalam perlembagaan di sebut MELAYU itu sebagai ORANG, BAHASA, ADAT dan ISLAM.

Jadi, benarkah orang Melayu itu hanya ada di NUSANTARA sahaja? Di dalam buku teks sejarah pun, kita di dedahkan dengan frasa “MALAY WORLD”. Apakah maksud MALAY WORLD itu? JIka di kaji dalam pelbagai buku yang telah di tulis oleh para pengkaji era british dahulu. Dunia melayu di bahagikan kepada 3 kelompok terbesar:-
-Mala Aborigin (berambut kerinting, berkulit gelap, bertubuh pendek)
-Etnik Kejawaan (Sawo matang, tegap, bermata kecil)
-Mali palinesian (Kuning cerah, peramah, kaum tanah tinggi)

Di dalam karya Alfred Russel Wallace, Malay Archipelago, dunia melayu ini terbahagi kepada:-
-Semenanjung tanah melayu
-tenasserim
-nicobar island dan keatas
-kepulauan Filipina
-Kepulauan Solomon dan ketimur

dan jumlah secara keseluruhnnya ‘ex-pentas sunda’ ini adalah lebih besar dari tanah eropah (britian). Stanford Riffles adalah orang pertama memperkenalkan konsep ‘the malayan nation, the malay race’ berdasarkan falsafah ‘romantik’, teori sosial dan biologi eropah. Pada saat inilah konsep ‘divide and rule’ menjadi ‘rasmi’. Takkala itu, tiada lagi empayar nusantara yang di geruni tika dahulu dan sudah tiada lagi negara-negara kota yang berdiri teguh dalam mempertahankan setiap tanah jajahan.

Jadi, dunia melayu adalah dunia nusantara yang besar termasuk sedikit di Australia. Di dalam nusantara itu, wujudnya pelbagai kaum dan bangsa serta ras akibat asimilasi itu tadi. Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa dan cara tapi takkala mereka mahu bertutur di antara kaum yang lain, mereka akan gunakan BAHASA MELAYU.

ออฟไลน์ AKHIR ZAMAN

  • เพื่อนใหม่ (O_0)
  • *
  • กระทู้: 15
  • Respect: 0
    • ดูรายละเอียด
Re: Asal usul tentang melayu di Nusantara
« ตอบกลับ #1 เมื่อ: ธ.ค. 05, 2010, 06:46 PM »
0
Jadi, dari mana pula datangnya bahasa melayu ini sedangkan tiap kaum dan bangsa di nusantara bertutur serta pertahankan bahasa ‘kebangsaan’ mereka?
Bahasa melayu ini berasal dari bahasa sanskrit yang berasal dari bahasa VEDIC ARYAN. Seperti saya katakan sebelum ini, ARYAN adalah asimilasi bangsa MADYAN dan PARSI. ARYAN bergerak ke tibet dan memperluaskan ilmu ke-IBRAHIM-an yang juga di kenali sebagai AGAMA HANIF.
Kerana itulah di tanah nusantara ini penuh dengan candi-candi lama dan candi ini bermaksud kota-kota. AGAMA HANIF tidak menyembah berhala seperti sekarang. patung-patung berhala itu adalah hasil idola mereka kepada dewa-dewi anak cucu nabi ADAM. Sekali lagi kesesatan telah berlaku. Tapi, di tanah nusantara, para ilmuan mereka di sanjung tinggi dan nusantara di jadikan sebagai ‘universiti’ dalam pengajian AGAMA HANIF ini. Mereka tidak menyembah selain DIA, tuhan IBRAHIM. Kalau anda seorang yang tahu dalam pembacaan peta, sila selidik bearing candi-candi ini dan anda akan dapati candi-candi ini mengarah ke BAITULMUQADIS, kiblat pertama umat ‘islam’.
Bahasa melayu ini di jadikan bahasa pengantar anda akan dapati bahasa melayu pernah menjadi lingua franca pada ketika dulu. Apa itu lingua franca? Ia adalah bahasa dunia!

Jadi, definisi Melayu ialah “Bahasa penyatuan yang menyatukan rumpun melayu yang tinggal di sekitar dunia melayu”

ออฟไลน์ AKHIR ZAMAN

  • เพื่อนใหม่ (O_0)
  • *
  • กระทู้: 15
  • Respect: 0
    • ดูรายละเอียด
Re: Asal usul tentang melayu di Nusantara
« ตอบกลับ #2 เมื่อ: ธ.ค. 05, 2010, 07:04 PM »
0
Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-

-Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa ‘jin tak jin, manusia tak manusia’…Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selalu terjadi. Anda percaya?!

-Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yang berketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yang berbadan kecil berlawan dengan seorang ‘fighter’ berbadan tegap dari u.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu itu ligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda jawab!!!

-Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islam itu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataan tersebut. Tapi, jika anda seorang ‘melayu’, tidakkah anda juga seorang islam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayu hindu.

seorang melayu itu haruslah bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar, bukannya pesilat.

“Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.”
Surah Hud ayat 75

ออฟไลน์ AKHIR ZAMAN

  • เพื่อนใหม่ (O_0)
  • *
  • กระทู้: 15
  • Respect: 0
    • ดูรายละเอียด
Re: Asal usul tentang melayu di Nusantara
« ตอบกลับ #3 เมื่อ: ธ.ค. 05, 2010, 07:28 PM »
0
...J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

*Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain....

ออฟไลน์ AKHIR ZAMAN

  • เพื่อนใหม่ (O_0)
  • *
  • กระทู้: 15
  • Respect: 0
    • ดูรายละเอียด
Re: Asal usul tentang melayu di Nusantara
« ตอบกลับ #4 เมื่อ: ธ.ค. 05, 2010, 07:30 PM »
0
.....Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membangun negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.

Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?

ออฟไลน์ AKHIR ZAMAN

  • เพื่อนใหม่ (O_0)
  • *
  • กระทู้: 15
  • Respect: 0
    • ดูรายละเอียด
Re: Asal usul tentang melayu di Nusantara
« ตอบกลับ #5 เมื่อ: ธ.ค. 05, 2010, 07:35 PM »
0
ASAL USUL BANI TAMIM (MARI KENALI BANI TAMIM)

Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim

• Hadith Nabi SAW : " Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman"
• Sabda Nabi SAW: " Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal"

Imam Al-Qurthubi ketika menguraikan hadith di atas mengatakan bahawa;
" Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka hingga hari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya".

Hadith Nabi SAW:
• " Kelompok yang paling banyak dimasukkan ke dalam syurga melalui jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".

Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:
• "Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab dibanding suku arab yang lain ".
• Imam Ibnu Hajar menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim yaitu:
• “Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam, kelompok Bani Tamim banyak berkecimpung dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan yang disegani dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan"

Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan: "Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ".

Sabda Nabi SAW:
" Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami"
Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sabahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.

Imam At-Tabrani menyatakan: "Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajal di akhir zaman, cukup tahan menghadapi halangan apa saja. Bani Tamim tidak akan menyerah dengan segala halangan, ancaman dan penentangan dari semua pihak yang ingin memudharatkan perjuangan mereka".


« แก้ไขครั้งสุดท้าย: ธ.ค. 05, 2010, 07:42 PM โดย AKHIR ZAMAN »

 

GoogleTagged